Dania yang sedang menyuap kentang goreng ke mulut Iqram tiba-tiba terpaku.
Aiman mengukir senyum sinis kepada pasangan itu.
"Thanks Dania..!" Ucap Aiman, lalu berpaling mahu melangkah pergi.
"Aiman!.. I'm sorry.. Ni semua tak seperti yang awak fikirkan.."
Lalu Dania cuba memaut lengan Aiman. Aiman menepis. Punat alat kawalan jauh
di talakan ke sebuah Satria Neo putih yang di parking di hadapan Restoran
Mc.Donald itu. Langah sengaja di lajukan tatkala Aiman merasakan
Dania mengejarnya. Tiba di dalam kereta, Aiman cepat-cepat mengunci pintu,
Dania cuba mengetuk-ngetuk pintu kereta itu, Cuba memasa Aiman mendengar
kata-katanya. Aiman terus memecut meniggalkan Dania yang mematung di tempat
paring itu
-----
Seri khusyuk memilih tomato di bahagian sayuran di Carefour Subang itu,
seperti lazimnya, Seri akan membeli tiga biji tomato dan di makan begitu sahaja.
Selesai memilih, Seri atur langkah ke kaunter pembayaran.
Selesai membuat pembayaran, langkat di atur ke luar dari kawasan Carefour itu,
destinasi seterusnya adalah Subang Parade, Sambil berjalan, Seri sempat lagi
mengeluarkan sebiji tomato dari dalam plastik, ketika Seri mahu melintas
jalan untuk ke Subang Parade, sebuah Satria Neo Putih hampir melanggarnya,
Seri sempat mengelak, dan Seri terjatuh di tepi jalan.
-----
Aiman membrek secara mengejut. Melalui cermin pandang belakang,
Aiman terlihat seorang gadis terduduk di tepi jalan sambil memegang sikunya.
Aiman kaget.Dia terus keluar dari keretanya untuk mendapatkan gadis tersebut.
"Cik.. Saya minta maaf, saya tak sengaja!" ucap Aiman dalam kerisauan. Seri
geleng kepala. Sikunya terus berdenyut.
"Saya hantar Cik Ke klinik?" Aiman mula rasa bersalah, Seri geleng
kepala lagi.
"Saya rasa Cik cedera ni.." Aiman terus memujuk. Seri memandang tepat wajah
Aiman, mencari keikhlasan di wajah lelaki berkaca mata itu. Akhirnya, Seri
setuju, Aiman memimpin Seri ke keretanya.
Seri ambil tempat di sebelah pemandu, tomato yang masih berada di tangannya
di letakkan di atas dashboard, kemudian tangan kirinya memangku tangan
kanannya yang terasa semakin sait.
"Saya betul-betul tak sengaja" Ucap Aiman lagi.
"Tak apa, benda dah nak jadi, salah saya juga.." Balas Seru lembut.
Sepuluh minit kemudian, mereka tiba di sebuah klinik. Seri terus di beri
rawatan, Aiman tetap setia menanti di luar walau tidak di minta oleh Seri.
Tidak lama kemudian Seri keluar dengan tangan berbalut. Melihat tangan
Seri yang berbalut, Aiman tambah bersalah.
"Awak, sait tak? Maaf ye, saya tak sengaja.. Saya Aiman Shah, panggil
Aiman je, nama awak?"
"Nama saya Seri Nur Iman, panggil Seri je" Balas Seri lembut. Aiman
angguk bagai belatuk.
"Awak tolong hantar saya balik hostel, boleh?" Pinta Seri. Aiman
angguk lagi.
Tepat pukul 7.00 malam, mereka tiba di hotel Seri.
"Ergh.. Aiman, thanks sebab tumpangkan saya.." Ucap Seri sambil tangan
kirinya membuka pintu Satria Neo itu. Aiman hanya mengangguk.
"Awak!" jerit Aiman tatkala Seri mahu memasuki kawaan hostelnya. Seri
berpaling semula..
"Tomato awak?" Tanya Aiman sambil memegang sebiji tomato.
"Awak simpanlah.." Balas Seri ringkas. Aiman angkat kening, namun
akhirnya mengangguk.
"Nanti saya call awak ye!" Tanya Aiman lagi. Seri hanya mengangguk.
-----
"Perempuan ni, dah dapat pakwe yang baikpun, sibuk nak cari lain!"
ucap Aiman tiba-tiba.
"Lelakipun sama.. tak habis-habis nak cari spare-part!" Balas Seri
sinis. Aiman menjeling Seri di sisi. Suasana di restoran McDonald itu
riuh-rendah seperti lazimnya.
"Betulkan, lelaki memang suka cari spare-part kan?" Tanya Seri pada
Aiman.
"Tak semualah!, alau spare-part kereta, mungkinlah kot.." Seri angkat
kening. Sengal!
Semenjak kemalangan itu, Aiman dan Seri bertambah rapat.Ada sesuatu
yang berbeza mengenai Seri di mata Aiman, Seri bukan seperti Dania,
bukan juga seperti gadis-gadis yang pernah dia kenal sebelum ini.
Mata Aiman gala memandang tingkah Seri, gadis di depannya itu nampak lembut.
Namun, sangat tegas dan berhati-hati dalam berkawan.
"Apa pandang-pandang?" Tanya Seri apabila sedar dia diperhatikan.
Malu sebenarnya..
"Awak comellah!" Balas Aiman sambil angkat ke dua-dua kening. Seri angkat
kening sebelah.
"Seri, awak percayakan cinta?" Seri angkat kening. Aiman buat muka serius.
"Kenapa?" Balas Seri. Aiman masih buat muka serius.
"Saya tak percayakan cinta, saya percayakan takdir.." Aiman terkedu-kedu
dengan kata-kata Seri.
"Kenapa? Awak pernah kecewa ke? Tanya Aiman lagi. Seri pandang wajah
Aiman lama-lama. Peli dengan sikap Aiman hari itu. Aiman angkat kening tidak
puas hati.
"Ergh.. Past is past.. Malas dah nak ingat. Tak pentingpun.." Balas Seri
sambil buat muka comelnya. Aiman mula geram dengan sikap Seri.
"Awak nak tomato?" Seri menghulurkan sebiji tomato kepada Aiman.
"Orang lain makan strawberry ke, epal ke, awak makan tomato.." Aiman cuba
menduga Seri.
"Orang yang tak makan sayur macam awak, memang patutpun di paksa makan tomato"
Balas Seri sinis sambil menjeling Aiman di sisinya. Aiman terdiam. Kehilangan
kata-kata.
-----
"Nanti saya kahwin, saya nak warna biru laut.." Ucap Seri tiba-tiba ketika
mereka lalu di sebuah butik pengantin di dalam The Mall itu. Aiman angkat kening.
"Tak cantiklaa.. Kalau warna ungu, lagi cantik.." Protes Aiman kepada Seri.
"Eleh.. tak cantiklaa, kalau saya kahwin dengan awak, bolehlah saya ambil warna
ungu.." Balas Seri. Aiman angkat kening. 'ada harapan ni!'
"Kalau macam tu, awak kahwin dengan sayalah!" Aiman sudah mula senyum-senyum
kambing. Seri geleng kepala laju-laju.
"Awak, saya serius ni.." Balas Aiman sambil menari tangan Seri. Seri angkat kening
ala-ala The Rock. Seri pandang wajah Aiman bersilih ganti dengan tangannya yang
dalam genggaman Aiman.
"Opss.. Sorry!" Balas Aiman sambil angkat kedua-dua belah tangannya.
"Jom kita balik.." Ajak Seri tanpa rasa bersalah. Aiman hanya mengangguk. Pening
kepala menduga perasaan Seri. Gadis di sebelahnya itu memang benar-benar keras hati
dan berkepala batu.
Tepat pukul 6.00 petang, mereka tiba di hadapan pintu hostel Seri.
"Seri, lepas ni.. kita mungkin tak dapat jumpa lagi.." Seri yang baru mahu membuka
pintu kereta, tiba-tiba terhenti. Seri pandang mua Aiman lama-lama. Aiman masih
terdiam.
"Kenapa? Awak nak pergi mana?" Seri angkat kening. Aiman tersenyum tawar.
"Saya dah nak balik kem.. cuti dah habis" Balas Aiman sambil tersenyum, sengaja mahu
menunjukkan deretan giginya yang putih itu.
"Bongok!" balas Seri sambil menolak bahu Aiman. Mereka sama-sama ketawa.
-----
3 Bulan kemudian..
Mata Seri membutang membaca tajuk yang tertera pada muka depan akhbar Berita Minggu
itu,
DUA ORANG JURUTERBANG HILANG SEMASA MEMBUAT LATIHAN PENERBANGAN DI KUANTAN, Seri
meneruskan pembacaannya hinggalah mata terarah pada wajah yang amat di kenalinya,
di bawah gambar itu tertera nama Leftenan Muda Aiman bin Shah. Seri kelu.
Matanya mula berkaca-kaca.
'Awak rasa, saya ni takdir awak ke?'
'Entah..'
Air mata Seri mula gugur. Seri mula rasa bersalah membiarkan persoalan Aiman tanpa
sebarang jawapan. Termasuk pagi semalam, telah tiga kali Aiman bertanya soalan
yang sama pada Seri. Namun persoalannya tetap tidak berjawapan.
Lama Seri terduduk di birai katil, akhirnya Seri bergerak ke bilik air dan berwuduk,
Seri mahu berdoa untuk keselamatan Aiman, Secara jujurnya, Seri tidak mahu kehilangan
Aiman. Di sejadah itu, akhirnya air mata Seri gugur satu-persatu.
-----
3 Minggu kemudian..
'05 September 2010-USAHA MENGESAN 2 JURUTERBANG TUDM AKAN DI HENTIKAN'
Seri kaget membaca keratan tajuk berita di muka depan akhbar Utusan Malaysia pagi itu.
Pasti ramai yang kecewa dengan berita tersebut, sedang di seluruh Malaysia masih ramai
yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan dua juruterbang itu. Air mata Seri gugur
lagi.
Suasana tengahari di kampung itu sunti sepi. Sesepi hati Seri yang rasa kehilangan.
Cuti akhir semester kali ini, Seri jadi sangat pendiam, di hatinya tidak putus-putus
mendoakan keselamatan Aiman.
'Dua Juruterbang TUDM akhirnya di temui selamat di sebuah pulau perairan Terengganu,
Juruterbang yang di kenali sebagai Leftenan Muda Aiman Shah dan Leftenan Muda Zarmizi
Ibrahim itu di terbangan terus ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut..'
Mata Seri terus berkaca-kaca melihat wajah Aiman di kaca tv. Aiman nampa sangat lemah.
Aiman cuba tersenyum sambil membuat 'peace' pabila lensa kamera di fokusan kepadanya.
"Sengal!" Bisik Seri sendirian. Ada senyuman mula terukir di wajahnya.
-----
15 September 2010
Petang itu, sebuah Satria Neo putih memasuki perkarangan rumah Seri. Seri yang berdiri
di muka pintu tiba-tiba tergamam apabila bukan Aiman yang keluar dari bahagian pemandu,
tapi seseorang yang tidak di kenalinya. Seri pandang lama-lama nombor pendaftaran kereta
itu, WVQ 111. Pandangannya bersilih ganti dengan pemandu Satria Neo itu. Pemandu itu
senyum-senyum kambing.
Lima minit kemudian, pintu di bahagian penumpang pula terbuka. Seri mula terukir senyuman.
Aiman keluar dengan memegang tongkat. Seri mendekati Aiman.
"Saya ingatan, awak drive sendiri.." Tanya Seri dengan muka tidak bersalah.
"Haish.. Agak-agaklah awak, kereta saya ni manual.." Aiman mula mengukir senyuman.
"Eh.. Sekejap.." Aiman kembali ke keretanya, satu bungkusan di keluaran dari tempat
duduk belakang.
"Nah.. untuk awak.." Seri angkat kening ala-ala rock. Aiman senyum sinis.
"Apa awak ingat, kat sini tak jual tomato ke?. Siap nak bagi satu plastik.." Seri mula
mencuka.
"Itu lain.. Ini lain.." Aiman angkat kening.
"Eh.. Lupa pula, tu adik saya.. Amir, available lagi kalau awak berminat" Satu cubitan
hinggap di lengan Aiman. Amir yang tadinya hanya mematung, akhirnya ketawa melihat sikap
keanak-anakkan Angahnya dan Seri.
"Sekejap.." Aiman tiba-tiba berdiri tegak memandang Seri.
"Seri Nur Iman, awak rasa.. Saya ni takdir awak ke?" Tanya Aiman. 'tolong kata ye!' Bisik
Aiman.
"Ye!" Balas Seri sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Aiman mula tersenyum.
"Kalau macamtu.. Next week mama saya masuk meminang awak ye.." Hati Aiman mula
berbunga-bunga. Seri hanya terdiam. Namun, terpancar, senyuman di wajahnya. Akhirnya mereka
sama-sama ketawa.
*****************************************************
No comments:
Post a Comment