"Dik, lari dik... Cepatlah. Abang Fir dah mengamuk tu."
Airisya menarik tangan Puteri Adriana. Lintang -pukang
mereka.
Haih, laju juga budak-budak ni lari. Aku dah tak larat ni.
Lari macam roket. Manalah dia dapat stamina sekuat tu?
Tercungap-cungap Megat Firdaus.
"Stop, stop. Abang tak larat dah ni." Megat Firdaus mengalah.
"Mana boleh. Nanti abang pancung kami." Bentak Puteri
Adriana.
"Dah tahu nak kena pancung, korang buat jugak kenapa?
Nak sangat kena pancung kan? Meh Cini meh..." Megat Firdaus
mara ke depan. Puteri Adriana dan Airisya menapak ke belakang,
belang lagi dan 'bukk'..
"Adoi!" aduh Puteri Adriana dan Airisya. Tak perasan pulak
ada sofa kat belaang. Masing-masing terjatuh telangkung ke
belakang.
"Hahahahaha...." Megat Firdaus menekan-nekan perutnya. Lucu
melihat scene di hadapannya.
"Awww..." Rungut Airisya tatkala kepalanya terhantuk dengan
kepala Puteri Adriana.
"Ya Allah!!!" Jerit Tengku Liana.
"Apa ni Fir? Kamu ni tak habis-habis kacau adik-adik...."
Bebel Tengku Liana sambil menarik telinga Megat Firdaus.
Airisya dan Puteri Adriana tersenyum mengejek. Airisya
menunjukkan 'thumbs up' sambil mengenyitkan matanya.
"Aduhhhh...Ma, sakitlah. Diorang yang kacau Fir dulu."
Megat Firdaus menahan perit. Merah telinganya dipiat oleh
mamanya.
"Ada saja jawabnya. Kamu kan dah besar, so act like one.
Ni dah masuk 17 dah pun." Haih, kena tadah teliga lagi.
Takpe, siap korang nanti aku kerjakan.
*****
Di dalam bilik...
"Hehehe... Padan muka abang Fir. Itulah gelakkan orang
sangat...." Airisya menahan perutnya. Ketawanya masih
bersisa.
"Kak Risy ni... Sudah,sudahlah gelak tu. Karang terburai
perut tu baru tau." Kata Puteri Adriana yang baru menginjak
11 tahun.
"Tadelah. Lawak sangatlah Ana." Puteri Adriana menghadiahkan
pandangan tajam padanya. "Ok,ok. Akak janji tak gelak dah.
But its really kinda funny."
"Akak ni... Tadi kan dah janji." Puteri Adriana merajuk.
Dia benar-benar tak suka sesiapa sahaja memperlekehkan
abangnya itu. Sayang benar dia pada abangnya.
"Yelah,yelah. Ana ni asyik sebelahkan abang Fir aje. Mentang-
mentang abang Fir tu abang dia. Akak pulak nak merajuklah."
Airisya buat-buat merajuk.
"Alolo kakakku sayang bucuk.. Habis, abang Fir bukan abang
kakak jugak ker?" Keningnya diangkat-angkat. Ternanti
jawapan dari Airisya.
"Abang apanya? Abang angkat je pun."
"Elleh, abang jugak kan. Kak Risy ni sensitiplah pulak. Dah
ar kak. Jangan ar macam ni."
"Okeylah,okeylah.. Cian dia. Buat drama air mata pulak."
Airisya mengalah.
"Habis dah drama air mata segala? Merajuk-merajuk ke? Sebelum
kena pancung, habiskanlah drama tu." Terpacak Megat Firdaus
di hadapan pintu bilik mereka.
"Hah!!!" Serentak Puteri Adriana dan Airisya terkejut.
Mereka saling berpandangan. Guna bahasa mata pulak dah.
'Kak Risy, camna ni?'
'Mana akak tahu.. Kita lari je'
'Ok, akak kira'
'Satu, dua, tiga.'
"Lari!!" Jerit mereka berdua. Belum sempat mereka keluar,
Megat Firdaus menghalang mereka.
'Aduhh!! Mati kita kak..'
*****
"Abang, bagi kitorang rest kejap tak boleh ke?" Soal Puteri
Adriana yang masih setia memadam apa yang mereka lakukan
sebentar tadi.
"No. Tak boleh. Itulah, takde kerja cari nahas pulak.
Tahulah korang berdua tu pakar dalam menulis, melukis ni
semua. Tapi, ade ke patut korang contenglah, lukis
macam-macam kat buku sekolah abang. Eeiii, geram betul.
Tension aku macam ni. Ade adik dua aje pun, bukannyer
sepuluh ke, sebelas ke. Dua orang pun perangai macam sepuluh
orang. Bla...bla...bla..."
"Ana pergi tanya tu buat apa? Kan dah kena tadah telinga.
Dahlah abang Fir ni kalau bebel kalah mak nenek. Mama
pun tak membebel macam dia." Bisik Airisya
"Sorry lorh... TERtanya. Bukan saja-saja nak tanya." Puteri
Adriana tersengih.
"Ha! Bisik-bisik apa tu? Siapkan kerja tu. Banyak lagi ni.
Kalau tulis mind map ke, jawab soalan kat atas buku ni ke,
tak apalah jugak. Ini tak... Macam-macam korang conteng.
Semuanya karut-marut aje."
"Heh, abang kita tu hilang akal apa? Manalah kita tahu buat
soalan budak form five. Ana baru darjah 5, akak form one."
Bisik Airisya lagi. Puteri Adriana angkat bahu.
*****
"Megat Firdaus Tengku Darwish!!!!" Choi! Sakit Telinga aku.
Cair tahi telinga woo... Apa Cikgu Loceng ni? Nak panggil
pun janganlah terpekik-pekik. Amboi kau! Kutuk cikgu sendiri
nampak.... Mentang-mentang nama dia Bell kau panggil Cikgu
Loceng...
"Ye cikgu."
"Cepat!!" Sekali lagi bunyi nyaring dari si 'loceng'
"Err... Saya cantik macam Maria Elena..." Megat Firdaus
berkata secara mendatar.
"Hahahahahaa..." Semua ketawa terbahak-bahak. Si 'loceng'
turut menahan tawanya.
"Kak Risy comel macam Hana Tajima... Mama cute, nak kata
iras sapa ek... Takkan Yuna? Mama dah tua jadi cute macam
mak cik yang jual karipap kat simpang empat tu... Papa
hensem macam Ako Mustafa..." Megat Firdaus menelan air
liur. Kata-kata terakhir itu akan menambahkan lagi malunya.
"Sambung!" Arah Cikgu Bell.
"Abang Fir tak hensem, tak comel sebab hidung dia tak mancung.
Makin kembang adalah, bila orang puji makin bertambah
kembang macam hidung badut.." Dia terhenti. Menyirap darahnya.
Nak kena diorang ni. Rakan sekelasnya yang lain tak habis-
habis ketawa daripada tadi lagi. Ahhh... Malunya.
"Abang Fir playboy sebab awek keliling pinggang. Tak padan
dengan murid sekolah langsung. Kesian awek-awek sekolah
dia... Semuanya dipermainkan... Haish, teruk punya abang."
Selesai dia membaca semuanya, rakan-rakan membuat bunyi
'boo'. Adeih... Malu yang tak tertahan dah ni. Huhuhu...
Mama tolong Fir mama..
"Dah habis ke Abang Fir sayang..." Saja cikgunya mengusik.
Eiiii, geli geleman aku mendengarnya. Bila masa aku kahwin
dengan kakak dia? Megat Firdaus tertunduk malu. Keriuhan
kelasnya masih tidak terhenti.
"Megat Firdaus, jumpa saya di bilik guru lepas kelas." Arah
Cikgu Bell.
*****
Di bilik guru....
"Macam mana boleh jadi macam ni Fir? Kamu tahu tak, kamu tu
dah nak SPM. Yang kamu pergi main dengan adik-adik kamu tu
kenapa? Siap conteng-conteng buku sekolah lagi. Nak ata
budak tadika, tinggi lebih pada orang. Nak kata budak sekolah
rendah, IQ tinggi melambung. Nak kata tak matang, suara kamu
pun mengalahkan suami saya. Garau terlebih... bla...bla...
bla...." Bebel Cikgu Bell.
'Haih, aku dah agak dah... Mesti dia nak tembak aku guna
peluru berpandu dia. Nasib jugak awal-awal lagi aku dah letak
kapas yang paling kecil. Untung, dia tak perasan. Hahahaha...
membebellah kau sorang-sorang loceng..' Megat Firdaus buat
muka selamba. Apa yang ada di fikirannya sekarang adalah
balasan untuk adinya. Orang suruh padam sampai habis, diorang
main tinggal-tinggal pulak.
*****
"Yuhuuuu... Ana? Risy?" Mana pulak diorang ni pergi. Waktu
sekolah kan dah lama habis. Takkan tak balik lagi. Bilik,
takde. Hall pun takde. Study room, takde jugak. Ha!! Kitchen.
Langkahnya diatur ke dapur. Oh... Kat sini korang ye.
"Aloha Ana, Risy...." Senyuman di bibirnya tidak lekang.
Malah sampai ke telinga.
"Abang Fir demam ke?" Soal Airisya sambil memandang Puteri
Adriana. Puteri Adriana hanya angkat bahu.
"Are you okay?" Soal Puteri Adriana pula pada abangnya.
"Owh.... Prihatinnya adik-adik abang ni." Tangan kanannya
mengusap-usap rambut Puteri Adriana. Manakala, tangan kirinya
menarik sediit tudung yang dipakai Airisya. Habis usut rambut
Puteri Adriana.
"Apa abang Fir ni? Habis rosak awning tudung Risy." Airisya
membetulkan tudungnya. Belum pernah dia menunjukkan auratnya
kepada abang angkatnya itu. Haram, haram....
"Meh kejap, dua-dua ikut abang." Arah Megat Firdaus. Mereka
turuti sahaja langkahnya.
"Read this." Terbuntang mata dua anak dara itu tatkala
melihat buku abang mereka.
"Matilah aku..." Puteri Adriana berkata perlahan.
"Mama, Risy nak kena pancung..." Airisya pula berkata. Mereka
seakan-akan berkata pada diri sendiri. Namun, jelas kedengaran
di telinga Megat Firdaus.
"Apa? Mati? Pancung? Hah... Tau pun.. So ada permintaan
terakhir sebelum..." Belum sempat Megat Firdaus menyambung
kata-katanya....
"Anak-anak papa.... I'm back." Tengku Darwish sudah mencelah.
"Fuhhh... Selamat..." Serentak Puteri Adriana dan Airisya
berkata. Mereka mengurut dada. Thanks papa!!! You're my
savior!!
"Jangan ingat korang terlepas..." Megat Firdaus memberi
amaran.
*****
"Weyh! Kau termenung apa tu Risy?" Tegur Lyn, Teman baik
Airisya. Melayang sudah kenangannya semasa waktu kecil
dahulu. Kelakar teringatkan ayat-ayat yang pernah dicontengnya
dalam buku abang angkatnya itu.
"Takde apalah. Kau ni dari mana? Salam pun tak dengar."
"Banyaklah kau. Aku bagi salam punya kuat siap dengan
pitchingnye lagi, kau boleh buat dek je. Beranganlah tu."
"Eh, ye ke? Sorry...." Airisya tersengih
"Beb! Bila kau nak balik Malaysia bila? Lusa aku dah bertolak,
takkan kau nak duduk sini sorang-sorang. Dah seminggu kita
grad." Tanya Lyn.
"Err... Nanti aku baliklah." Sedaya upaya Airisya menukar
topik yang dibicarakan.
"Tengok tu. Nak mengelat ye? Risy, kau tak esian ke kat mama,
papa kau? Kat Ana? Diorang rindu giler dengan kau."
"Aku... aku... aku..." Err.. nak jawab apa ek?
" Aku, aku, aku apa? Kau ni sejak bila tergagap-gagap ni?
Or you can't accept the faith?" Duga Lyn. Airisya tersentap.
Eh, macam mana dia tahu?
"Right?" Desak Lyn
"Errmmm.. err.." Airisya tak tahu hendak jawab apa. Susah
untuk dia mengatakan tidak. Tapi dia tak mungkin akan berkata
ya. Itu akan menambahkan lagi perit di hatinya.
"I guess it's a yes. Risy, kau dengar sini. Pandang aku Risy.
Kau tak boleh terus macam ni. Kau tak boleh siksa jiwa raga
kau. Life has to go on, beb. Mana Airisya yang aku kenal?
Mana Airisya Qaisarah yang periang? Yang happy go lucky?"
"Lyn..."
"Ye aku tahu apa kau nak cakap. Kau mesti nak cakap aku tak
paham perasaan kau kan? No, Risy. I know you well. Since we
were five years old!"
"Tapi...."
"Risy, look. Sampai bila kau nak berharap? Cuba kau cakap?
Harapan kau dah musnah sejak tahun lepas lagi. Be yourself
Risy!" Ringan sahaja mulut Ryn memberi nasihat.
"Ye tak ye jugak an. I have to be my ownself. Aku kena lupakan
dia. I won't let anyone hurt me again. Never. Lyn, thanks beb!
Airisya Qaisarah dah kembali. Lusa ni aku ikut kau balik ye?"
"Yay!!! Risy you're back... I really, really miss this Airisya
Qaisarah!!! jerit Lyn. Dia bersyukur kerana Airisya mendengar
nasihatnya.
*****
KLIA...
"Lyn, who's gonna fetch you?"
" My fiance, dear..."
"Mana, mana?" Lyn memandang sekeliling, mencari si tunangannya.
Seorang lelai yang memakai t-shirt polo berwarna hijau
melambai-lambaikan tangannya ke arah Lyn.
"Jo!!" Jerit Lyn kegembiraan.
"Sorry lewat. Jalan jammed." Mohon Johan.
"haa... Memang lambat pun. Dah berjam-jam Lyn tunggu. Kau ni..
Dia lari cari lain karang, baru tau..." balas Airisya
"Eleh, bising je kau ni Risy. ata tak na balik lagi. Asal
muncul sama dengan Lyn ni?"
"Suka hati akulah..."
"Suka hati kaulah... Lyn, jom. Ibu dah tunggu." Beg di tangan
Lyn diambilnya.
"Eh,kejap. Risy, will you be fine or you want to follow us?"
Soal Lyn. Bimbang aan rakannya itu.
"Its okay Lyn. I'll be fine. Bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Jawab Lyn dan Johan serentak. Mereka
berlalu pergi ke kereta Toyota Camry milik Johan. Ibu Lyn
kelihatan sedang menunggu di dalam kereta.
Airisya meneruskan langkahnya. Beg rodanya diheret dengan
malas. Dia tidak tahu sama ada perlu balik ke rumah mama
atau stay di hotel. Dia masih ragu-ragu. Tertanga kata-kata
Lyn belum mampu menusuk kalbunya.
'Bukkkk'
"Aduhhh!" Airisya mengaduh kuat. Itulah kau, siapa suruh
mengelamun sangat.
"Haih, dinding mana pulak yang block jalan aku ni?" Rungutnya
lagi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"Dinding?" Soal seseorang. Airisya mengangkat wajahnya
mencari si pemilik suara. Rasa macam pernah dengarlah suara
tu. Tapi di mana ya?
"Risy?" Gemersik suara tadi menyapa telinga Airisya. Airisya
tergamam. Matanya tidak berkelip memandang si jejaka
di hadapannya. Oh no!!!
"Risy, abang tahulah abang ni hensem, janganlah pandang
lebih-lebih." Usik si jejaka tadi. Airisya menunduk. Malu
dengan usikan tadi.
'Comel!' Bisik hati Megat Firdaus.
"Err... Abang Fir buat apa kat sini?" Dengan beraninya Airisya
segalanya. Everything. You have to be strong Airisya.
"Buat apa?? Hey cik adik oi, abang datang nak ambil awaklah.."
Membesar mata Airisya mendengar jawapan Megat Firdaus.
"Ma...macam mana abang Fir tahu Risy balik hari ni?" tergagap-
gagap dia bertanya.
"Hah?!! Risy ni biar betul. Bukan Risy yang hantar mesej suruh
abang fetch kat sini hari ni ke?" Kali ni Megat Firdaus pula
bertanya. Cepat sahaja tangannya memeriksa bahagian 'sent
item' dalam Sony Ericson Xperia Neo miliknya.
Sent to: Abang Fir
Abang Fir, Risy balik lusa. Fetch kat KLIA ye... thanks :D
Terbuntang matanya membaca mesej yang konon-kononnya dihantar
olehnya itu. Lyn. Hanya nama itu yang berada di mindanya.
Sah! Mesti Lyn yang hantar.
"A'ah abang Fir, Risy lupa." Airisya tersengih. Megat Firdaus
menjeling. Aduh!!! Abang Fir, jangan buat macam tu. Cair Risy
nanti.
"Dah, jom." Megat Firdaus mengambil beg di tangan Airisya.
Airisya hanya menurut langkahnya.
*****
"Assalamualaikum!!" Airisya dan Megat Firdaus memberi salam.
"Waalaikumussalam!" Jawab penghuni rumah.
"Kak Risy!!!" Puteri Adriana orang pertama meluru ke arah
Airisya. Dipeluk kakaknya itu.
"Sudahlah Ana. Lemas Kak Risy kamu tu." Papa bersuara. Gembira
benar anak bongsunya itu. Semenjak Airisya sambung belajar di
UK, Puteri Adriana semakin muram. Hidupnya seolah-olah kosong.
Tiada siapa yang boleh dibawa untuk bermain. Hanya Airisya
temannya sejak kecil.
"Mama...." Airisya menyalam mamanya.
"Meh, masuk. Mama masak special untuk Risy." Ajak mama.
*****
Kenapa rumah ni macam duku je? Still sama. Dan kenapa hanya
ada mama, papa, Ana dan Abang Fir? Mana kak Eryn? Tak duduk
sekali dengan Abang Fir ke? Takkanlah suami isteri tak duduk
sekali... Macam-macam persoalan berlegak di minda Airisya.
"Ana, Kak Risy tanya sikit boleh?"
"Ermmm... Mana kak Eryn? Tak nampak pon."
"Errr.... sebenarnye... err.." Serba salah puteri Adriana
ingin memberitahu. Perlu ke? Alaa...... Cakap ajelah.
"Kak Risy, sebenarnya.. abang tak jadi kahwin dengan kak
Eryn..." mendatar sahaja suara Puteri Adriana.
"Hah?" Airisya masih keliru.
"Kak Eryn tak datang time nikah. Dengar cerita dia lari dengan
lelaki lain. So, terpaksalah cancel."
"Owh.." Hey, Risy. Kau jangan nak buat hal sekarang. Kau dah
lupakan dia. Biarkan aje. Walaupun dia single, kau kena
lupakan dia. Itu janji kau Risy.
"Kakak suka abang ye?" Soal Puteri Adriana tiba-tiba. Terkejut
Airisya mendengar soalan yang ditujukan.
"Haip..... Apa Ana ni.. Tanya pelik-pelik pula." Airisya
menahan perasaannya.
"Alaaa, cakap ajelah kak. Macam Ana tak tahu. Lagipun, Abang
Fir tu okey apa. Takdelah tua sangat. Baru 29 tahun. Hot stuff
kat U tau akak... Karang melepas pula. Lepas tu, sedih balik.
Lari lagi pergi UK." Ternganga mulut Airisya mendengar bicara
Puteri Adriana. Macam mana budak ni tau tujuan aku ke UK?
Pelik bin ajaib!
"Ana!! Siaplah...." bantal di kepalanya diambil. Haaa....
mula dah pillow fight. Dah besar pun macam budak-budak.
"Dah habis ke jeritnye? Tak nak baling-baling lagi ke?" soal
Megat Firdaus yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu mereka.
"Opss! Sorry." Terpana dia melihat Airisya tanpa tudung.
Cantik. Syaitan mula berbisik. No. Fir, kau ada iman. Fight!
'Alamak, aurat aku...' Pantas tuala di hujung katil diambilnya
untuk menutup aurat rambutnya.
"Kak Risy, sorry, lupa kunci pintu." Bisi Puteri Adriana
"Abang Fir nak apa datang sini?" soal Airisya berani.
"Oh! Abang nak pinjam phone kejap. Abang punya habis
kreditlah."
"Aikk, dah kerja pun pakai kredit lagi. Gunalah line.
Nah!" Airisya menghulurkan Sony Ericson Xperia Neo miliknya.
"Abang tu memang, Kak Risy. Kedekut!" Puteri Adriana menambah.
"Ok, done. Thanks." Megat Firdaus memulangkan telefon bimbit
itu. Dia berlalu ke biliknya. Cepat-cepat Airisya menutup
pintu. Telefon bimbitnya diperiksa.
"Aikk, abang Fir ni bukan nak guna untuk call pun. Dia tukar
wallpaper pula." Tiada panggilan atau mesej yang dihantar.
Cuma wallpapernya sahaja ditukar. Gambar Megat Firdaus, Puteri
Adriana dan dirinya semasa berseronok di i-city. Airisya
sendiri tidak tahu apa motif Megat Firdaus membuat begitu.
*****
"Fir, bila kamu nak kahwin ni? Mama dah tak sabar tau. Umur
kamu pun dah 29 tahun. Tahun depan 30. Dah tua tau tak?" haih,
mama ni.... tak habis-habis kahwin.
"Susah-susah sangat kita mabil yang dekat ajelah. Kan senang.
Dah tak boleh lari lagi time nikah. Kalau yang jauh-jauh
susah. Tengok Eryn tu. Huh. Teruk betul. Buat malu kita aje."
Papa pula bersuara.
"Okeylah, papa, mama. Mama pilih ajelah menantu mama, Fir
setuju aje."
"Kalau mama nak ambil yang paling dekat dengan kita boleh?"
"Siapa ma?"
"Risy." Balas mama ringkas. Papa mengangguk.
"Risy... boleh sangat-sangat." Happy betul Megat Firdaus bila
nama Airisya menjadi calon. Sememangnya hatinya sudah tertawan
dengan adik angkatnya itu.
*****
"Aku terima nikahnya Airisya Qaisarah binti Abdullah dengan
mas kahwinnya RM1000 tunai..."
Dengak sekali lafaz, Airisya sah menjadi isteri kepada Megat
Firdaus. Lelaki yang amat dicintainya telah sah menjadi
suaminya.
*****
Setahun kemudian...
"Kak Risy!!" Puteri Adriana menjerit dari bawah.
"Kak Risy lari cepat. Abang dah mengamuk!!" sekali lagi dia
menjerit. Airisya pantas menarik tangan adik iparnya itu.
"Airisya Qaisarah!!" jerit Megat Firdaus. Bengang dengan
perangai kebudak-budakkan isterinya yang masih tidak berubah.
"Ana, macam mana abang Fir tahu?" soal Airisya kepada Puteri
Adriana setelah mendapat tempat persembunyian.
"Pelan tu tercicir time Ana nak simpan. Macam mana ni Kak
Risy?"
"Mana akak tahu... Eeeiii, mesti abang Fir tengah bengang
sangat an. Biar jelah dia. Buannya ita buat jenayah pun. Kita
just tukar pelan untuk projek tu aje."
"Ha'ah... betul jugak tu. Lagipun, Ana tengok pelan abang tu
tak menarik langsung. Confirm customer reject. Nama aje
engineer, buat pelan pun tak betul." Sambung Puteri Adriana.
Airisya terangguk-angguk mendengar penjelasan Puteri Adriana.
"Dah, jomlah eluar." Ajak Airisya
"Keluar?" terbeliak mata Puteri Adriana mendengar ajakan kakak
iparnya itu.
"Yelah, keluar. Taan nak duduk sini sampai esok. Jangan
risaulah. Abang Fir takkan marah punya. Nanti, akak explain.
Lagipun, papa mesti back up kita." Wahhhh..... Yakin benar
Airisya.
Pintu bilik tetamu dibuka perlahan. Airisya mengendap sedikit.
Line clear. Dengan selambanya dia keluar dari bilik itu.
Puteri Adriana mengikut sahaja langkahnya. Baru sahaja kaki
mereka berada di anak tangga yang kelima dari bawah...
"Ehem,ehem.." suara tu! Alamak mampus aku... Desis Airisya.
Tadi berani sangat. Perlahan-lahan mereka menoleh ke
belakang. Megat Firdaus masih dengan muka bengangnya. Airisya
memainkan peranannya. Langahnya dibawa turun ke arah suaminya
yang sedang berdiri di tepi tangga.
"Yes, Misses Airisya Qaisarah. Anyexplanation?" soal Megat
Firdaus. Merahnya muka. Tahan marah la tu... Maklumlah
isteri kesayangan datang nak pujuk.
"Err, err. sebenarnya kan...." ayatnya terhenti. Airisya
memandang ke belaang. Dia cuba memberitahu sesuatu kepada
Puteri Adriana. Puteri Adriana mengerti. Tahulah dia bahawa
kakak iparnya yang kononnya berani sangat tu, sebenarnya
penakut jugak. Sebenarnya, Airisya langsung tak tahu
penjelasan apa yang perlu dibaginya. Menyesal pula aku tak
rangka ayat buat alasan bilik tadi. Dia memandang suaminya.
Tangannya di belakang memberi isyarat kepada adik iparnya.
Satu persatu jarinya dinaikkan.
"Sebenarnya apa?" gesa Megat Firdaus.
"Sebenarnya kan..." jari kelima dinaikkan.
"Lari!!" bergema suara Airisya menjerit. Satu banglo bergegar.
Ceh, hiperbola tak sudah. Airisya dan Puteri Adriana lari
lintang-pukang. Habis ruang tamu ditawaf mereka.
"Risy, Ana, sudahlah. Penat abang kejar tau." Megat Firdaus
cuba tawar-menawar. Memang tidak dinafikan bahawa stamina
Airisya dan adiknya masih lagi seperti dahulu. Laju betul
mereka berlari.
"Tak nak! Nanti abang pancung." Pancung? Hahahah, dari dulu
sampai sekarang ayat yang sama jugak dijawabnya. Puteri
Adriana mengangguk tanda setuju dengan kakak iparnya.
"Dah tahu kena pancung, siapa suruh buat?"
"Alaaa abang ni... kitorang bukan buat jenayah pun. Tukar
pelan aje pun. Sikit aje. Tak banyak. Lagipun..."
"Lagipun apa?" Puteri Adriana menelan air liur. Gerun melihat
abangnya yang mula menyinga. Dia memandang Airisya, meminta
pertolongan.
"Lagipun, pelan yang abang buat tu tak menarik sangat. Nanti
customer reject pula. Itu yang kami ubah sikit. Sikit aje pun.
Takkan tu pun berkira? Hah, lagi satu, projek tu papa suruh
kita buat sama-sama kan? Three of us. Remember that? Airisya
berani berhujah.
"Yelah, yelah. Abang give up." Megat Firdaus mengalah.
"Yay!!" sorak Airisya dan Puteri Adriana. Megat Firdaus
mencebik. Geram dengan hujahan isterinya itu.
"Hah... tak sudah-sudah kamu bertiga ni. Asyik nak bergaduh
aje. Haih, kamu ni Fir, dengan isteri sendiri pun nak
bergaduh. Tak boleh mengalah langsung." Mama yang muncul dari
dapur dengan papa sudah membebel. Airisya dan Puteri Adriana
sama-sama menunjukkan 'thumbs up' mengejek Megat Firdaus.
"Hah! Kamu berdua ni pun sama. Dari kecil sampai besar tak
berubah jugak. Ana ni, bila nak bagi kami menantu lelaki?
Kamu, Risy, bila mama boleh dapat cucu?"
'Aiseyh, mula dah mama ni... kalau tak cakap pasal kahwin
tak boleh ke mama? Nanti-nanti aku kahwin jugak. Takkan aku
nak jadi andartu pula. Aku ni pun laku tau. Berderet laki
kat ofis tu nak kat aku. Aku je jual mahal.' Puteri Adriana
mencebik
'Haih, mama.... cucu, cucu, cucu.... Risy bukannya tak nak
anak, nak. Tapi, au sibuk, dia pun sibuk. Nak ada anak apanya?
Lagipun nanti-nanti beranak jugak aku...' Airisya pula
memuncungkan bibirnya
Puteri Adriana dan Airisya berpandangan antara satu sama lain.
Kemudian, mereka memandang Megat Firdaus. Kelihatan dia sedang
tersengih nakal. Huh. Menyampah!
"Mama nak cucu ke?" soal Megat Firdaus tiba-tiba. Semua
tertumpu kepadanya. Sengihan nakalnya sukar ditafsirkan oleh
Airisya. Aikkk, something wrong somewhere ni..
"Yelah... takkan nak anak kot. Mestilah nak cucu."
"Ok, ma. Tahun ni jugak mama dapat cucu." Jawab Megat Firdaus.
Terbuntang mata Airisya mendengarnya. Merah menyala mukanya.
Puteri Adriana menyiku kakak iparnya. Tersengih-sengih.
Insane ke apa budak ni?
"Kalau nak anak pun, papa on aje. Tunggu mama bagi calon aje."
Papa bersuara. Semua tertawa mendengar gurauan papa. Mama
mencubit pinggang papa. So, sweet....
*****
"Sayang tengok apa?" Megat Firdaus menghampiri isterinya yang
berada di balkoni. Tangannya melingkar di pinggang Airisya.
"Tengok bola bang...." jawab Airisya selamba. Megat Firdaus
mengerutkan dahinya. Mana pula datangnya bola kat luar ni?
"Nakal." Megat Firdaus mencuit hidung mancung Airisya.
Airisya tertawa.
"Sayang happy tak?"
"Happy sangat-sangat." Tubuhnya dipalingkan menghadap
suaminya.
"Macam mana sayang setuju nak kahwin dengan abang dulu?
Sedangkan kita ni kan abang dan adik aje.
"Pembetulan. Abang dan adik angkat. Kalau adik-beradik mana
boleh kahwin. Apalah abang ni."
"Okey, okey. Sayang tak jawab lagi soalan tu." Malu untu
Airisya menjawabnya.
"Kenapa lepas setahun nikah baru nak tanya?" soalan jugak
yang diutarakannya. Sedaya upaya dia cuba untuk
mengelak.
"Sebab, dulu abang excited sangat dapat kahwin dengan
sayang. Tak terfikir pula kenapa mudah sangat sayang
setuju nak kahwin dengan abang."
"Oh.... maknanya abang suka Risy lah ye?"
"Memanglah. Sejak Risy lari ke UK, abang asyik teringatkan
Risy je."
"Risy pun suka abang." Tanpa disedari dia sudah terperangkap
dengan permainan Megat Firdaus.
"Ye? Sejak bila?" soalan maut daripada Megat Firdaus telah
dikeluarkan
"Sejak dulu lagi. Sejak Risy sekolah menengah." Jawab Airisya
selamba. Langsung tidak sedar yang rahsianya yang rahsianya
terbocor.
"Oppsss!" alamak! Malunya... mulut ni gatal sangat pergi
bagitahu tu kenapa? Airisya yang baru tersedar, menepuk-nepuk
mulutnya.
"Dah... tak payah nak tepuk mulut tu. Kesian dia. So, you
really like me since we were young huh?"
"Nope!"
"Nope?"
"Yupp! Because I love you since we were young.."
"Ya. Youre rite. Love not like. I love you too sayang."
"Risy tahu.."
"Mana tahu?" dia hairan.
"Ana, Ana kena tolong abang.... tolong beritahu abang, mana
Kak Risy pergi? Please Ana, I can't live without her..."
Airisya mengajuk perbualan suaminya beberapa tahun yang lalu.
Sebelum dia ke UK.
"Oh, yeah. Hear this too. Memang akak suka abang Fir. Dari
dulu lagi. He's my hero. Akak cintakan dia sangat-sangat.
Walaupun akak cuba lupakan dia tapi akak tak boleh. I can't.
Eewww, jiwangnya..." Megat Firdaus pula mengajuk isterinya
dengan adiknya setelah isterinya itu kembali ke Malaysia.
Puteri Adrianalah yang memberitahunya.
"Puteri Adriana!!!!!" jerit Megat Firdaus dan Adriana
serentak. Tak sangka rahsia mereka akan terbongkar.
Mulut tempayan betul budak ni...
Puteri Adriana yang sengaja mencuri dengar perbualan abang
dan kakaknya segera berpaling. Dia ingin lari dari mereka.
Bibirnya digigit. Peceh tembelang daaa.... Belum sempat
dia melarikan diri, tangannya sudah pun ditangkap oleh
kakak iparnya. Aduhhh!!! Mati aku...
"Nak ke mana ni cik adik?" soal Megat Firdaus
"Hah?? Err... err..." belum sempat dia menjawab, pantas
tangan Airisya menggeletek pinggangnya. Terjerit-jerit
si adik kegelian. Megat Firdaus juga turut menggeletek
adiknya. Nakal sungguh! Kali ni, Puteri Adriana pula
menggeletek mereka berdua. Masing-masing mengusik antara satu
sama lain....
'Inilah keluarga bahagia yang aku inginkan...' desis hati
mereka bertiga.
No comments:
Post a Comment